22.3.11

kembali ke rutin asal

Salaam,

Hi korang...aku kembali ke rutin asal. Berdua dengan tareeq (padahal duduk dengan abah n mak)
Abah tareeq dah kembali ke Brunei. Kali ni mungkin agak lama. Dulu masa baru kawin hari-hari nangis walhal dia hanya ke JB. Rasa mahu book flight ticket sekarang jugak untuk ke JB.

Almost 3 tahun dengan dia, lama-lama dah jadi kebal. Dah jarang nangis. Semakin berani, kuat, dah boleh hafal selok-belok jalan di Kuala Lumpur (supaya tak akan disindir lagi). Gerenti tak sesat kalau nak pegi makan kat Naili's Sentul.

Dua kali 18 Mac tak sambut dengan dia. Tahun ni alhamdulillah tapi awal sehari. ehehehe Selamat Ulang Tahun Sayang. Semoga Allah swt memberkati setiap apa yang u lakukan. InsyaAllah.


aik...birthday daddy makan sup je ke...??


mr.B: yang, nanti u kuat eh. i takda kat sini.
tick: ok. u suka buat i nangis eh. (dalam hati)



~tick~

15.3.11

Empire Subang

Salaam

Siapa sini memang kaki jalan???
Ajak pegi mana pun dia on je boleh la geng ngan i ;)
Meh la ni nak cita sikit ni.
Aku memang jarang sampai ke subang adala sekali dua ikut mr.B pegi main DOTA kat sec brapa ntah.

Minggu lepas punya lepas kitorang pegi melawat Empire Subang kat Subang laaa...  Mungkin antara korang ada yang dah sampai tapi aku baru je tau jadinya shopingmall ni baru bagi kami. Jom kita tengok cerita bergambar :

Antara deretan kedai (memang saja tak nak kasi nampak nama kedai. korang datang sendiri la k ;))


Nampak tak objek yang bengkang bengkok di belakang tu? haaa tula dia tarikan kat Empire ni. Korang boleh terjun dari atas menggelongsor terus sampai kebawah... ada brani?? Kalau tak silap dari Tkt 5 sampai G floor kot.  Kalau nak, gambar korang boleh dirakam and kami yang kat luar ni boleh gelak-gelak sambil makan nasik beriyani Tarbush tengok gaya korang dalam gelongsor tu bahaha ;p

Semestinya kita cari tempat untuk budak-budak dulu.. Toy'R'us adaaa...


Yang ini i punya.... 

Haaa yang ni mr.B punya... haihhh lapa laaaa


Lunch at Tarbush

Keseluruhan kira boleh datang lagi la ke sini cumanya agak jauh dari Cheras laaaa...

~tick~

14.3.11

Spoil betul lah!

Salaam,

Haish... tak fahamla atau mungkin aku tak paham sbb aku takda motor kot?
Kenapa orang pagi-pagi kena start motor panaskan sampai setengah jam eh? Minyak motor boleh beku ke sampai kena panaskan setengah jam? Lain la kalau kereta F1 sebab nak kena pecut berapa batu aku pun tak tau. Then biarkan asap berkepul-kepul masuk dalam rumah. Tengs!!!


P/s: Alhamdulillah... Tareeq dah boleh Off oksigen secara officially nya :) Tahniah anak mama!

~tick~

7.3.11

Parti Terkejut!

Salaam,

Hi korang okay aku tak emo dah berikutan entry sebelum ini.peace.

Sabtu petang sedang kami(aku,mr.B,Tareeq) layan upin-ipin&apin, dpt text dari along ajak makan-makan kat rumah dia. along memang mcm tu. suka ajak orang makan-makan kat rumah dia. nasib baik dia mmg super dalam bab masak-memasak, bake-membaked semua serah
kat dia. Lain la macam aku. aku terel dalam bab sains kaji hayat, anatomi manusia, public speaking dll tehehehe...

To make it short n sweet:

Sesi consultation bermula sejurus layan upinipin untuk ke midvley


(kalu ko kompem dpt tiket percutian tu jgn lupe 'kusyen' utk aku eh bahaha)

comel tak yang bertudung pink tu? comel bukan? Leen nama dia my itms buddy. Tak sangka jumpa dia kat sini sbb hari jemahat baru je bincang2 nk lepak sama tapi apakan daya tak jadi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. U see guys, benda yang kita rancang tak semestinya jadi. tup2 nahhh... kalau Allah swt dah bagi jalan, akhirnya jumpa gak ek leen :)


Posing jap setelah dapat apa yang amat sesuai utk maksu timah. kepada maksu timah, Happy Birthday! Baru 19th eh? Budak lagi...;p

:)

~Tick~

LETIH

Letih, letih dek terlampau menjaga hati orang lain. tidak kira sama ada orang tersebut pernah fikir pasal hati kau.