21.9.12

Syukur Alhamdulillah

aimastar.blogspot.com

Syukur alhamdulillah di atas segala nikmat kegembiraan yang Allah swt beri.  Rasa sesak bila diuji juga satu nikmat kan... Tareeq dah menginjak ke- 3tahun dan saya rasa dia dah capai tahap perkembangan diri yang sama macam kanak-kanak sebaya dia.  Persekitaran kerja dikelilingi pesakit-pesakit pediatrik memang selalu menginatkan saya pada Tareeq yang dulu.  Saya rasa berat sangat penyakit yang ada pada tareeq tapi bila pandang katil sebelah ujian yang Allah swt beri pada mereka lagi berat.  Bila kenang balik 2 tahun yang lepas memang rasa ajaib betul perjalanan hidup kita yang telah diatur cantik oleh Maha Pencipta

21.7.12

Ramadhan 1

Salaam. Selamat menjalani ibadah puasa semua.... alhamdulillah Allah swt beri kita kesempatan lagi berpuasa untuk tahun ini.  Ya. Setahun dah tak buat apa-apa kat blog ni dan sebab musababnye biasala sibuk dengan tuntutan kerja, kerja rumah, tuntutan sebagai anak, emak dan isteri kepada suami tersayang. Mr.B dah jadi rakyat Malaysia balik dan tak duduk Brunei lagi dah dan bermula la episod  sebagai isteri sepenuh masa. Tareeq pun dah 3tahun. Dah boleh di suruh. Ada kat sebelah ni tengah sedap tido.

Sekejap lagi akan ke KLIA nak hantar abah Alhamdulillah rezeki abah dapat buat umrah bulan puasa ni... 2 minggu sahaja dan semoga Allah swt memberkati pemergian abah ke tanah suci dan berikan kesihatan yang baik sepanjang abah di sana untuk beribadat. InsyaAllah.


~tick~

21.6.11

Kedahrians

Salaam,
OK. Cuti honeymoon seminggu dah habis. mr.B pun dah terbang ke Brunei semula.
Ini bermakna Raya Puasa nanti baru Tareeq boleh jumpa abah dia.  Sabar.

Oneweek cuti kami pulang ke Sg. Petani dan ini juga 1st time Tareeq balik kampung Tok Wan n Tok Mi . About 4hrs dalam kereta Tareeq tak buat hal pun dah la tak tido, ligat pulak tu. Dalam hati dah risau. Budak ni kang malam mesti demam tak pun muntah. Sebab berlama-lama dalam aircond  dan jadual tidur yang sepatutnya dah lari... Tareeq selalu macam tu. Perjalanan paling jauh untuk Tareeq dulu pernah bawak dia ke PD, balik dari PD dia terus demam. Tapi last week Alhamdulillah semuanya ok (kire bleh jalan jauh lagi la pas ni ekekekee).
yeaaah! mari kite keladangg...hoiii!!
apa yg series sgt tu cek....
Abah Tareeq :)
Kedahrians