21.7.10

Maaflah, saya bukan sombong

Salam,

Kejadian ni berlaku minggu lepas. Memandangkan husband berpanas di Ipoh dah masuk 2 minggu, kami 2 beranak lepak rumah mak. Satu malam, sepasang bakal pengantin bersama parents masing2 datang bertemu dgn abah untuk setelkan dokumen penting untuk membolehkan mereka berkahwin. Kitorang mcm biasa buat haluan masing2. buat2 pegi dapur la, buat2 tengok tv la aku ngn tareeq lepak bilik. Tiba-tiba abah bersuara:

Abah : Nety, ni kawan ko ni [oh ye family panggil aku nety. dr mana dpt aku pn xtau]

aku [dalam hati] : hah? kawan? ahh sudahhhh aku dgn fesyen pembantu rumah ni terus sarung jubah, sarung tudung. Selamba keluar. Aku skodeng sikit. ishh ape abah ni.. xkenal lnsung dgn perempuan manis bertudung kat luar tu!! Ntah2 budak tu salah orang takkk... aku masuk bilik balik. Kembali ke pakaian asal.

Setengah jam berlalu. Tetamu dah balik.

Aku : Abah, xkenal la budak perempuan tu. Nasib tak keluar tadi...
Abah : Dia tgk frame kat meja tadi. dia ada baca pasal ko kat intenet...
Aku : errk?? [kalau dh baca tu mgkin baca blog la kot ye takk?? ]

haihh

Maafla kalau saya tau, saya akan keluar dan beramah mesra dengan anda sekeluarga mlm tu.


~tick~

1 comment:

Drama Mama said...

hahahaha..kawan baca kat internet! sooo cute k! yalah dah tak kenal kan....sure la kita tak beramah mesra. ingat salah orang ka apa ya tak


http://twinkywinkystars.blogspot.com