21.7.12

Ramadhan 1

Salaam. Selamat menjalani ibadah puasa semua.... alhamdulillah Allah swt beri kita kesempatan lagi berpuasa untuk tahun ini.  Ya. Setahun dah tak buat apa-apa kat blog ni dan sebab musababnye biasala sibuk dengan tuntutan kerja, kerja rumah, tuntutan sebagai anak, emak dan isteri kepada suami tersayang. Mr.B dah jadi rakyat Malaysia balik dan tak duduk Brunei lagi dah dan bermula la episod  sebagai isteri sepenuh masa. Tareeq pun dah 3tahun. Dah boleh di suruh. Ada kat sebelah ni tengah sedap tido.

Sekejap lagi akan ke KLIA nak hantar abah Alhamdulillah rezeki abah dapat buat umrah bulan puasa ni... 2 minggu sahaja dan semoga Allah swt memberkati pemergian abah ke tanah suci dan berikan kesihatan yang baik sepanjang abah di sana untuk beribadat. InsyaAllah.


~tick~