25.8.10

frust la...

Salam,
Semalam korang berbuka dimana? aku bebuka sample-sample je kat umah, mama masak mee udang sedap ooo... ditambah pulak dengan air bandung aiskrim soda lagi la mengah.
minggu depan member sekolah lama ajak berbuka di luar ramai la jugak yg dijangka hadir termasuk la aku sekali dan mungkin akan bawak Tareeq juga ;)
Semalam Tareeq checkup di HUKM dengn Prof Hasniah untuk tentukan samada boleh off O2 atau cont. Tareeq ni masa kat umah pun dia kena pakai O2 24hrs untuk membantu paru-paru dia clear kembali. Tapi kalau nak p mandi aku bukak la O2 tu. he's fine. pernafasan dia pun alhamdulillah macam budak biasa gak la... takde la tecungap-cungap.
So, keputusan checkup semalam amat mendukacitakan la weh... tareeq kena cont O2 sampai bulan Oktober ni huhuhu... nmpaknya cancel joint diorang bebuka diluar, kami anak beranak beraya ni KL shj la... Prof Hasniah siap pesan " so.. raya ni banyak orang keluar masuk rumah kan? jadi janganla dedahkan tareeq sangat okay...." hmm..

ni yang aku frust ni. Sian Tareeq:




Hi geng !


tokmi ajak lepak garden la wehhh...



teng kiu for evriting tokmi =)

~tick~

13.8.10

12.8.10

Untuk 'orang Brunei'

pesanan: selamat berpuasa 'orang Brunei'

~tick~

9.8.10

nombor...nombor..

Salam,



Korang pernah buat benda ni jugak ke?

Sabtu haritu aku ke Kedai TM kat Menara Maxisegar untuk setel kan termination streamyx. Punyalah banyak nombor aku kena tunggu... no. anda ialah 2085 sekarang baru no. 2038. tunggu punya tunggu lama mcm nak mam...

Kat depan aku tu ada chinese couple tengah cong..ceng..cong..ceng...rancak bersembang macam setengah batu jauhnya. Kuat betul. tapi awek dia memang cun. Tengah besembang-sembang tiba2 no. pasangan tu jatuh melayang-layang betul2 depan slipar jepun aku. Aku tgk no... aku tgk dia.. tgk no. ... tgk dia... last-last diorang menonong je keluar. Aik!! No. dia mmang cantik no.2058 dan no sekarang ialah 2056. (dlm hati.. ada peluang ni...!!)

tapi aku macam nak ambik ke tidak... nak ke... tak nak... sebelah aku ada lagi pasangan melayu pulak. Mesti diorang pn nmpak no. tu jatuh tadi. aihh nak tunduk ambik mcm segan tahap cipan. tapi memandangkan Jalan TAR dh melambai-lambai nih.. aduh! sejuk badan sekejap.

Dengan selamba badak aku tunduk ambik no. LEGA!! perasaan malu pun hilang. aku dengan bangganya bangun sambil berjalan relax pergi ke kaunter sbb no. 2058 telah tertera di skrin.


Motif: ... siapa malu dia yang rugi ... bukan aku buat salah pun. dorang yg taknak no. tu... kan?

~Tick~

5.8.10

Aku nak pergi Brunei la...

Salam,

Dah masuk 2minggu Dia di sana. InsyaAlah berpuasa pun di sana. Paling cepat sebelum hari raya baru pulang ke malaysia. Macam mana Dia berbuka nanti eh? Sahur boleh ke Dia bangun sendiri? Dugaan betul. Aku nak buat kerja gila la rasanya. Bawak tareeq pegi sana dua hari cukuplah. Rindu betul dengan Dia.



tu kolam renang ke ape?


~Tick~

3.8.10

baby-baby sekarang...

Salam,

korang tgh buat ape tu..? xde keja eh? ahaha.


Semalam dapat call dari along bagitau anak dia si Anas tu ada kat A&E kena ambik nebulizer sbb batuk teruk smpai sesak nafas. Dulu pun penah jugak budak ni kena ambik gas tu. Tapi alhadulillah xperlu di admit sbb batuk dia dh okay sikit.


Lepas letak tepon tu aku pun duduk silang kaki atas kosi opis ni sambil tebayang-bayang masa kitorang kecik-kecik dulu. kami 2 beradik ni mmg dari kecik duduk kampung nenek jaga. Aku ni dulupun ada Asthma jugak tapi tak kronik la smpai kena pakai ventolin mcm sesetengah budak tu siap gantung kat leher.


Tapi masalah nye time aku asthma dulu xda la sampai masuk-masuk hospital ambik darah bagai. Paling kuat pun wan letak bawang merah+minyak kat dada aku ni. Apa fungsi bwg merah dgn batuk aku pun tak taulaaa. Tapi mmg mujarab beb letak bawang!!


Berbalik pd cita asal. Apasal budak-budak sekarang ni kerap sgt masuk hospital eh? kecuali la kalau penyakit kronik macam hero kesayangan den si tareeq ni haaa...


~tick~