31.12.09

Hilang beban bila...

Patutla malam tadi asyik tejaga tdo xlena. i teringat kat tareeq. bangun mengadap yg SATU. tido balik.bangun pagi rupa2nya hari ni misi bg dukung Tareeq. selepas 3 bulan dh xdukung Tareeq ;))



Tareeq: mama...tareeq sayang mama(whisperng)
Mama: mama pun...;))
~Tick~

14.12.09

Happy Birthday Tick!

Salam,

Happy 26th Birthday to me.

Thanks for those ho text to me, thru email, nyanyi kat depan i pun ada tawww...mmmuahh

Petang Along call "oi nak hadiah tak? mai singgah umah mak". i cakap uii ada adiah tuuu.. tapi nk rushing p tengok Tareeq jadi esok ja la i redeem adiah tu okay long. padahal hadiah tuk buzday dia Nov aritu i xbagi lagi. terasa malu pulak.

Selalu masa belum kawin kalau buzday je mesti abah bawak p makan kat luar tmpat feveret mesti la kat chopnsteak kt kg. baru. Ada yg cakap xlah best mana pun. tapi i xkesah janji selesa dan dekat pun dekat. bedal je la. Tima kasih abah dan emak. Emak i pandai menjahit tau(tetibe je) heheheh.

Harini kami laki bini jalan-jalan kat klcc lama dh xp sini. (oi leen sabtu pun aku p klcc tgk princess n katak xjumpa ko pun) makan-makan, usha sweater baru mr.B dpt satu. memang hobi dia beli sweater. pegi mana2 pun sweater. selamat katanya. yela pkai tshirt sempoi then pkai la sweater. selamatkan? jeng..jeng..jeng...dan i dapat ni. Thanks husband tq..tq..tq so much =) okay yg lain kita setel kat umah.



kami sekeluarga mengamalkan cara hidup yang sihat. Walaupun mr.B smoking. hehehe Okay lepas ni masa teluang weekends kita jumpa kat lakegarden rumah i k! dh dapat bounce kena la joging jugak ye tak? hehehe toing..toing..toing..


Tapi hadiah yang paling bermakna sekali bila Doc kata Tareeq bertambah baik, esok 15 Dis akan cuba extubate Tareeq. maknanya Tareeq akan bernafas dengan sendiri. Alhamdulillah Ya Allah! mama tau Tareeq kuat. Esok hero mama mesti kuat n berusaha ok. InsyaAllah.


~Tick~


11.12.09

Baby...


baby...baby...baby

Salam,

Hah? oh bukan..bukan sy bakal dpt baby baru lah. Saja nk share ngan korang mengenai baby.

Lepas kawin mesti kita tpikir bila nak buat baby? bila nak dapat baby? Tapi ada juga yang tak bersedia nak dpt baby lagi...macam-macam...

Memang seronok+bangga+terharu+takpercaya bila dapat tahu kita preggy. Baru-baru ni ada sembang dgn member msa kat itm dulu yg mengeluh lambat sgt nak dpt anak. Dulu sy pun mcm tu. lepas 6 bulan kahwin bru la pregnant. Ada member yg kawin selepas sy punnnnn dh bunting pelamin.... tapi tu suma kan kerja Allah swt. Tapi sy ada gak try sini saja untuk info la kan...

but it works la rasanya...web ni siap bagi ovulation calendar utk kita.... no harm in trying kan?

berusaha okay...Good Luck Chuck!!

~Tick~

Perjuangan belum selesai...

Tareeq, mama miss u badly


Salam,


Alhamdilillah Tareeq telah selamat dalam operation hari Rabu haritu...baru 3 hari

Rasa tak sabar setiap petang nak melawat tareeq di IJN

tak sabar nak tau perkembangan dia...
bertawakal pada Allah swt.Dia yang Maha Berkuasa.Dia yang tahu di sebalik sesuatu kejadian.
~Tick~

7.12.09

Kenapa Aku Diuji...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

4.12.09

Wish List...

Salam,

Sy suka tgk kalendar bulan disember nih...nextweek ada 2x hari Jumaat kita cuti tawww...jgn lupe ehh. hehhee 18hb Awal Muharam, 25hb Christmas Day....

Semalam nurse call tanya Tareeq nak hadiah apa for christmas ni. Ha?? hadiah? apesal pulak tetiba nk hadiah? rupa2nya Tareeq dapat wish list for christmas sbb ada drug compny ni nk sponsor bagi present for kids in picu. sangat bagus bukan? at least they can give a smile for those kids yg sakit, xdak mood, dan juga dpt happy kan mak bapak juga. Sy pun apalgi terus cari benda ni.



Elmo luv u so so much..haheha



Dh lama mr.B dok belek tp rasa mcm nk tunggu Tareeq besar skit bru beli. Tp skarang alang2 org nk spnsor kita bedal je laaa kan? hoh hoh hohhhh...Merry Christmas =)


p/s tgh pikir mcm mana nk kuruskn peha? sok sabtu joging se'lap dua best gak kan? bai =)


~tick~




Series xdak life...

Salam

Hai korang.selamat hari raya qurban! Daging qurban dh masak habis dah..? hehehe

sory bz la hujung-hujung tahun ni pasal bajet.Dulu time ada bajet suruh kita berjimat, bila dh terlampau berjimat jadi lebihan bajet pulakkk...jadinya kenalah pulun duit tu bagi habisss.ish3x.Berbelas juta nk habiskn dlm masa seminggu.bayangkan lah ye.

Sampai TERbawak-bawak kerja balik ke rumah. Weekend life i n mr.B terabai okayy!(tapi masih smpat bfast di Kluang Station). Series buat keja mcm robot sambil makan maggie dpn kmputer.dasat betui. Tapi kawan aku lagi dasat smpai mengigau2 tengah manaip spek..hihihi

Tapi Tareeq tetap maintain comey je tido atas katil wad....=).


~Tick~

26.10.09

Tareeq's 2nd Operation...

Salam,

Hmm..nothing much to say. Tareeq need his 2nd operation on this wednesday 28 Oktober 2009 but not open heart operation. Op yg pertama ada msalah sket. That PDA still ada flow n sebab tu Tareeq masih kena bantuan oksigen lagi. Memang frust sgt sbb the whole fmily yakin yg Tareeq boleh sembuh...tapi dh masuk 3 minggu masih xboleh off oksigen. rupa2nya salur PDA tu ada kebocoran sedikit. Jadinya 2nd Op ni, Prof Bilkis plan nk tutup salur tu pakai "catheter" (sejenis coil yg akan dimasukkan dari pembuluh darah yg besar di kaki direct smpai ke jantung) untuk block darah kat PDA tu.

InsyaAllah, selagi terdaya kami sekeluarga akan usahakan juga agar Tareeq kembali sihat seperti baby yg lain... Mohon kalian doakan agar Op ke dua ni membawa sinar baru untuk Tareeq dan kami sekeluarga...

p/s: Mama n abah xtahan tgk Tareeq asyik kena intubate je. Sedih. (xmo letak pic nnt kawan2 yg baca pun sedih)


~Tick~

14.10.09

Alhamdulillah...

Salam

Alhamdulillah...syukur pada Allah swt kerana Tareeq telah berjaya dalam pembedahan PDA yang dibuat pada 12Okt09 (Isnin) jam 7.30 pagi di HUKM. Sebenarnya hari Khamis 7Okt09 baru dapat tau tarikh utk operation Tareeq. Gembira + Sedih. Ribuan Terima kasih sy ucapkn kepada Prof. Bilkis, Prof. Zamrin, Dr. Noraini dan Staff Nurse2 yang bersama2 berusaha dlm pembedahan Abdullah Tareeq Abdullah Fahami. Taklupa juga pada Staff Nurse2 di PICU yg dah berbulan2 dok layan karenah Tareeq sehingga sekarang. Nnt i belanja uolls pizza ekkk....hehe Jasa kalian takdpt saya balas.



Kronologi Pembedahan Tareeq:


12 Oktober 2009 (isnin)

6.30am : sy n mr.B sampai di PICU. Baca surah Yassin dan selawat2 nabi sebagai bekalan buat Tareeq sebab mama n abah xboleh teman Tareeq sampai dalam bilik OT sayanggg...


7.30am : SN telah siap2kn Tareeq untuk ke bilik OT. mula2 saya kuat semangt lepas tu tetiba sayu je tgk Tareeq tgh tido n dia xtau apa2 tentang operation tu....sedih sangat. sampai di bilik OT, SN panggil untuk sahkan borang yg telah diTT dan lagi sedih sebelum masuk SN suh sy cium baby untuk kali terakhir sblm masuk bilik OT. Time tu Tareeq dah jaga dan mata dia terkebil-kebil tgk lampu. apelagi..bercucurannnnnn air mata... nasib ada mr.B disebelah. pinjam dada satt...sob..sob


Sepanjang berada di luar bilik OT kami (mak, abah, along n abg wan) xhenti2 berselawat agar Tareeq kuat hadapi semuanya. Fuhhh...punyalah berdebar2 xbleh nak cakap. kami yang menunggu di luar OT xsenang duduk kejap2 pintu otomatik terbuka tapi yg keluar patient lainnn... Tareeq is the 1st case for that day. seawal jam 7.30 pg Tareeq dibawa masuk sepatutnya sebelum 10pg dh selesai


11.30 pg baru Tareeq keluar. Bila tgk katil Tareeq dibawa keluar dia nampak pucat mungkin dek kesejukan bilik OT dan dia sedang 'zzzzzZZZ'.... Dr. Noraini kata Alhamdulillah pembedahan tu success dan banyakkn berdoa lagi untuk kesihatan Tareeq. Selepas ini Tareeq akan on ubat tido n ubat tahan sakit smpai lukanya sembuh. Dan dia terus dibawa ke PICU.


12.30 t/h baru la saya n mr.B dpt masuk PICU untuk tgk Tareeq setelah dia siap dibersihkan oleh SN. Kami xberani nk sentuh Tareeq takut ada jangkitan kuman pulak kang. satu hal pulakkk. Sampai di PICU, Prof. Tang sahkn keadaan Tareeq stabil Alhamdulillah.
Hmmm...dari kecik sampai dh kawin ni, xpernah sy alami perkara yg paling besar dlm hidup ni selain operation Tareeq. Buat sy rasa mkn xkenyang, mandi xbasah dan setiap pagi kalau ter'missed' tgk Tareeq kt wad, rasa xaman dr pagi sampai abis keja...dasyat kan.
Saya percaya semua yang berlaku ni mesti ada hikmahnya. Kita makin dekatkn diri dengan Allah swt, menguji tahap kesabaran kita, ikatan keluarga pn makin rapat, dn yang penting sy n mr.B makin banyak belajar tentang tanggunjawab sbg parents....=) InsyaAllah....


5.10.09

Kek cawan

Hmm.. ni ada nak update skit ni. last sunday lepas berseronok dengan Tareeq di hospital sy dan mr.B p jalan-jalan utk mengisi waktu senggang. Selalu jalan-jalan disini mesti akan lalu kedai kekcawanchic yang comel. ramai yg tergila-gilakn kek cawan chic ni termasuklah saya. Jadi kami pun singgah dan pilih kek yang rasa mcam best je. Kedai cantik, packaging cantik, kek cool tapi rasa dia............blueekk!!
xsampai suku pn kitorang makan...


series xsedap bak kata abah saya "kalu xoffer kt abah td pun xpa...." tgk tuuu....kalau dh abah saya kata lagu tu..mknanya mmg xsedap. harga bleh tahan mahai sama besar ngn cawan mainan anak jiran sebelah.
sedap lagi kek yang cikgu masak di maktab mak saya buat. saya bagi hanya 2/10 sahaja untuk kekcawanchic im sorriiiiiiiiiii


Lepas frust dgn keadaan kek cawan chic, p buat terapi muka lagi bagusss....

jumpa doktor di clinique

~tick~











Happy BirthDay Tareeq...

happy birthday to you...jeng.jeng.jeng


happy birthday to you...jeng.jeng.jeng


happy birthday to Tareeq....


happy birthday to youuuu...



kek untuk Tareeq (bkn mama yg buat hehehe)


Semalam 4.10.2009 birthday Tareeq yg ke-4 bulan. but no pic for this entry sebab missi xbagi ambil gambar kat PICU..nak ambik gambar curi2 pun takuttt laaa...haha


tiada apa yang dapat mama n abah doakan selain Tareeq cepat sembuh, boleh duk umah ngn mama n abah. mmg sunyi Tareeq takda dirumah. selalu 24jam hadap tareeq xpernah jemu...bila xda rasa kosong...hmmm i missd my little baby boy :(


~tick~

2.10.09

Selamat Hari Raya...jeng.jeng.jeng

Salam,

Hasshhumm!!! huh leganya dpt bersin kuat-kuat. wuih tebainya habuk kt blog nih... lama dh xupdate. Jap eh nak amek bulu ayam satt.. kes..kes..kes.. Bulu Ayam Moden


Selamat Hari Rayaa!! rasenye xlambat lagi nk wish hari raya kat korang kan...=)
Moga Syawal tahun ni membawa seribu erti buat semua disamping keluarga tersayang.
Mula dari Ramadhan sampai harini barula sempat nk update blog sebab kan haritu sy ckp yg Tareeq maybe boleh discharged sebelum raya kan? dukacitanya TIDAK DISCHARGE.
Kami bertiga beraya di hospital sahaja.memang best.Tareeq pun happy...xpecaya?? tgk bawah:




Selamat Hari Rayaaa.... =D

Almost 1month Tareeq di hospital. Sepanjang bulan yg mulia itu jugalah saya berumah betangga siap di hospital. kire hospital ialah 2nd homesweethome saya. walaupun beraya di hospital ketupat, pulut dan lemang tidak dilupa. Pagi raya mak n abah datang bawak semua yg dijanjikannn...termasuk duit raya Tareeq.time kasih wan n atuk....heheee. Hallooo...warded2 pun kitorang anak branak tetap bergaya dgn baju raya okayyy!!! =D Gambar dilain siaran k...Tungguuuu
~Tick~


















8.9.09

My Son...Tima kasih MIL

Petang semalam lepas ofice trus p teman Tareeq di hospital. Tareeq dh makin stabil dan aktif macam biasa alhamdulillah =) bila kita agah2 dia dok gelak hehee. Tak lama lepas tu Abah+Mak pun sampai. T'sangat rindu mereka kt Tareeq yela dh masuk 2 minggu warded. Insyaallah next week Tareeq bleh kuar hospital dan sy n mr.B akan cuti 1week sblm raya untuk jaga n spend time ngan Tareeq. only 3of us saja...

Kami tersangat risau dgn kesihatan Tareeq. He got VSD Heart Failure since he was 3 weeks infant. Hmm sedih mmg sedih parents mana yg xsedih that her 1st baby was not well like the others. mr.B slalu ckp Allah swt nak uji kita dalam banyak cara dan mungkin kita dah lama senang, jadi Dia nak uji kita dgn anugerahkan kita baby yang sangat fergile n need special care macam Baby TAreeq.

"u mesti kuat, xbleh sedih2 nnt Tareeq pn terikut2 perangai u..."

Tapi hidup perlu diteruskan yang penting mama n abah akan selalu sayang Tareeq sama mcm luasnya laut. takda penghujung...be strong my son!!!



Time lunch sebelum tu mama (MIL) datang tgk Tareeq tapi TAreeq tgh syok tido. Sy n mr.B tgh dok pkir sapa yg sesuai jaga Tareeq lpas discharge nnt. Kalu nk ikut kn hati ada juga rasa mcm nak berhenti kerja nk tumpu 100% kat Tareeq. Disebabkan undian sms menjurus ke "terus bekerja" dan mama pulak offer nak jaga Tareeq sampai dh besar sket. Sampai dh kuat then baru hantar ke rumah pengasuh (Kak Lia). Hati sy betul2 lega bila mama ckp mcm tu. Sy n mr.B takda niat nk menyusahkn mama sian mama msti nk berhanimoon dgn Ayah (FIL) selepas retired. Tima kasih banyak2 mama n ayah!!! nnt kitorng sponsor p hanimun kali ke 2 k... =)

7.9.09

Shoping sakan

Cuti hujung minggu sy dan mr.B habiskn masa bershoping sakan sempena aid ni di Jln. TAR dan Mutiara Damansara. Kami baru berpindah rumah pada Mei haritu, nak kata baru xla jugak tapi mmg jarang balik rumah sendiri lepas bersalin haritu sbb mr.B selalu ke JB jadi bila masuk rumah tu sentiasa rasa baru pindah...hahaa.

Pagi Sabtu lepas melawat Tareeq sayanggg di hospital sy n mr.B terus ke Jln. Tar untuk mmborong sekeping dua kapet. Punyalah meriah 'mat2 bangla' membodek pelanggan utk msuk ke kedai masing2..

"mari abang, kakak dlm byk kapet lumbut punya... mari la.."! haih mmg rimassss okay!! sy mmg rimas kalau dipaksa2 mcm tu.

Contoh lain kalau kita masuk ke satu2 shop lot kita ni nk tgk2 dulu la apa yg ada kan.. tapi sales girl dia suka membontoti kita... dok ikuttttt kita ke kiri, ke kanan skali sy gostan kan dh belagaaa!! hahaa tapi bukn la suma sales girl yg mcm ni kan....

Ok. Balik cita shoping kapet akhirnya dapat la kapets dengan design, color, kualiti dan yg penting Harga yg berpatutan itu pun selepas sy sendiri yg membodek Tuan punya kedai. Kalu nk ikut kn mr.B, dia mmg tak tau nk tawar menawar ni... tunjuk2, belek2 dh bekenan terus beli. Salah kaedah tu syg... hehehe

Pagi Ahad... as usual msti melawat Tareeq sayanggg di hospital dulu, urut2, sembang2 n dodoi2 dulu baru la sy n mr.B boleh selesaikan hal2 kami yg lain... Kami terus ke Mutiara Damansara untuk cari kelengkapan rumah n xketinggalan barang2 kelengkapan Tareeq juga!! Kesian Tareeq kami mmg xsempat nak prepare bilik utk dia di rumah baru. Kebetulan semasa mengadung mr.B mmg selalu ke JB. Selagi projek xsiap every week dia akan mengulang dr KL-JB dan xda masa nk shoping.

Jadi masa yg ada ni ktorang gunakn habis2san lah. Mmg gila keadaan ketika mmbeli belah di Ikea. Semuanya cantik pd pandangan kita, semua tengok semua nakkkk. Tapi sy ialah seorang isteri n mama yg bijak b'belanja (cewwwah bleh pkai ke ni) sy tidak akan mmbazir utk benda2 yg remeh temeh hahaha!! Tapi harini mr.B bg greenlite utk 'order saja' haha. Sangat best bukan?

Selesai shoping utk rumah tersayang, ktorang beralih ke tmpt children. Lagi lah gillaaaaa... smuanya utk Tareeq sayanggg!! Akhirnya tercapai juga hsrat utk sediakan bilik utk Tareeq sharing with mama+abah heheee. Takkan nk letak baby kt bilik asing2 kot? Cian die la... Anda bagaimana...?



~Tick~

4.9.09

Baby Tareeq

Ini pic sy yg terbaru...=D
Hi Im Tareeq, im 1day old...


Halo!!

Inilah permata hati saya dan Mr.B Baby Tareeq harini 4.9.2009 genap usia dia 3 bulan. Mama n abah selalu berdoa agar Tareeq sentiasa sihat dan dilindungi Allah swt. Semoga Tareeq membesar menjadi seorang anak yang soleh, kuat, sabar dan selalu sayang mama n abah okay!!!

~Tick~
























































1st Entry

Salam,

hmm... dh lama sy nk try memiliki blog sendiri, dulu penah try buat tapi xda masa sbb berpindah tmpat dan jawatan yang baru..tinggi sket dari jawatan yg dulu..sikiiiit je hehe. Baru nk mngestablishkn diri..absorb apa yang patut (xrelax rpanya bkerja dgn gomen ni ye!) bila dh get used baru la skarang b'jinak2 dgn blog. ckp2 pasal blog ni i salute dgn my boss masa di tempt keja lama...he's the one who intduce me blogging. itupun xcidently dia suh p tgk pic Family Day kitorang kat blog die. Walupun boss bizi, asyik2 meeting, site visit lagi tapi masih ada masa untuk social life dia...gud2 (steady boss!!)

Jd sy pun tefikir knapa boss tu lagi bizi dr aku tp ada je masa utk suma tu...pendek kata selagi ada kemahuan disitu ada jalan ye takk??

~Tick~