24.9.10

ATUK (19.02.1927 ~ 08.09.2010)

Salam,


selamat hari raya korang :)


Lama gila tak update blog disebabkan memang sibuk dari mula sebelum puasa, bulan puasa sampai lah raya.


Sibuk dengan kehidupan mereka-mereka yang aku paling sayang. Atuk, mak, along dan keluarga aku sendiri. aku memang agak tak bersemangat sejak akhir-akhir ni sebab atuk telah pergi buat selama-lamanya pada 8 sept 2010 (Rabu) sehari sebelum raya. Atuk pergi akibat kencing manis, darah tinggi dan di akhir hayatnya baru kami tahu atuk sakit jantung. Wan sendiri tak tahu atuk sakit jantung.


Dah 2 minggu atuk dimasukkan ke wad, selama itu jugak lah aku dan along tiap lunch dan petang teman atuk di wad. Awal seminggu atuk masih sedar, boleh gelak, boleh buat sign 'thumbs up' tapi tak lalu makan. Betul-betul dia kenyang masa makan telur separuh masak yg mak bawak dr rumah. Sampailah satu hari doc beritahu yang diorang tak boleh buat apa-apa lagi sebab semua abdomen penting atuk dah tak boleh berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan banyak acid dlm darah.


Yang paling sedih bila doc kata " Maaf, kami dh cuba yg terbaik tapi semuanya takdapat membantu. He's under Dead In List..., so harap dpt spend time dengan dia ya... "


Segala kenangan dengan atuk satu-satu datang semula. Dari bayi sampai darjah empat aku duduk dengan atuk. Memang pedih.


2 tahun kami sambut Raya dengan bersedih. Tahun 2009 kami sedih sebab Tareeq masih di hospital, dengan kesihatan yang tidak menentu, berdebar2 tunggu operation di IJN dan tahun 2010 kami terima ujian maha hebat dari Allah yang satu atuk pergi tinggalkan kami.

rindu atuk...

Ya Allah,
Kau cucurilah rahmat ke atas roh atuk ku,
Kau tempatkanlah dia dikalangan orang-orang
yang beriman...
Segala puji hanya pada Mu Ya Allah...


Amin










1 comment:

Leen said...

Al-Fatihah buat atuk...
Sedihnye...........
Dear all readers balik lah kampung jenguk wan dan atok uolls ketika masih hidup ni..
Dari merekalah kita bermula!