11.4.11

Salaam,

Sengal kat bahu tak habis lagi ni. Gara-gara pegi salun. Bukan apa, sebelum ni selalu pegi situ tapi tak pernah pulak dia urut bahu ni macam tukang urut Kak Pin (tukang urut lepas besalin). Umak aiii... macam dirobek-robek bahu ni.  Strategi baru la tu...huh. Tapi lepas penat-penat otak dan tulang empat kerat ni bekerja, sesekali rest kat salun memang heaven kan?, tu belum spa lagi tu.... hmmmmm

Petang tadi bawak tareeq pegi bersosial. Tempat yang dituju ialah ikea.
Tempat bersosial ke tu? ntah ape-ape la mama ni kan? hahaha...
Sampai-sampai je terus tuju tempat budak-budak yang banyak mainan kayu tu...
Try letak tareeq kat meja yang ada mainan kayu tu.  Rata-rata yang ada budak berumur 1-3 tahun.
Tareeq jadi macam lost sekejap. Dia macam nak join.... tapi malu. Tersengih-sengih sambil sebut mamma..mamma... Dia macam tak biasa dengan budak-budak yang ramai macam tu. Kesiannya anak mama.... Dalam banyak-banyak mainan kat situ yang tareeq capai ialah crayon.
Hmmm rasa nak kena buat sesuatu dengan Tareeq ni. Eh... bukan pegi school, nak pegi school boleh tapi tunggu besar sikit. Cumanya nak kena bawak dia kerap bersosial dengan toddlr yang sebaya dengan dia. Bukan asyik bershoping sakan dengan mama dan abah. Siapa penah pegi CritterLand? Rasa macam nak try bawa tareeq ke sini la.... best tak korang?

Dah la tareeq, jgn kejar baby girl tu lagi... pihihihihii (tgk muka mak budak tu)





~tick~

8 comments:

Anonymous said...

pergi la bawa anak u ber sosial skit...sian dia memerap dlm umah, u pun sama kena bersosial jgk dgn geng2 u tu.....mrB

ATIQAH TAHAR said...

okla ok... pasni diary i weeknds fullla ekekee

Raisah @ echah said...

bestnya kuar jalan2...berdua je ke?
Rayyan pun sama...agak tak reti bersosial. bila main, ala2 nak konker gtew. risau sungguh.

Anonymous said...

budak2 mmg camtu..nti ok la tu :)

Fadilah R. said...

tak pernah pi critterland tp dgrnya mcm best. imaan pernah pergi megakidz je. nak bwk gak dia bersocial psl now dh pandai nak kawan.

ATIQAH TAHAR said...

Raisah
hmmm nk kena cari masa bawa diorang bersosial ni... nnt rayyan nk dpt adik mcm mana la ya? manja lebih ni...ehehe

ATIQAH TAHAR said...

Anonymous
ahahah...mak pulak yg kalut kan?

ATIQAH TAHAR said...

Fadilah R.
tula, diorang kata crittelnd tak ramai org sgt...selesa sikit kan.